Header Ads


recent

PERTANYAANKU


rasanya benak hatiku ini
ada pertanyaan….
setiap suria nan menjelma di pinggir kesuraman
sering mencamarkanku di celah-celah ketulusanmu…

ku tahu kau seorang yang baik hati,peramah,riang,
jujur dan menghargai semua org disetiap sekelilingmu…
ku harap kau dapat mengerti..
bahawa hidup ini seperti pusingan roda
yang akan sampai bila ia akan terhenti dipersimpangan…

Ku tahu kau sentiasa didampingi oleh kawan2 yang turut menyayangimu…
bagiku mungkin kau tak menyedari hakikat ini…

Kenangan musim lalu…
kadang-kadang waktunya melupakan aku…
Gurau sendamu dan lawak jenakamu…
menjalinkan rasa keikhlasan…

Aku bersyukur kepada tuhan yang maha esa….
kerana menemukan kita…
Walaupun pernah rasa terluka dan terkilan…
Sesungguhnya ia mendewasakan kita…

Perkenalan kita tak mungkin dilupakan
Perkenalan kita bukan disengajakan
tapi takdir yang menentukan…

Pertanyaanku Cuma satu…
Adakah kau menyesal mengenali diriku ?…

Tidak ada komentar:

Diberdayakan oleh Blogger.